Pemantauan bersama antara Bahagian-bahagian KPM akan diadakan bagi pelaksanaan Dasar MBMMBI dalam masa terdekat ini.
2. Bagi BTP, Bahan Digital MBMMBI (Tahap 1: Tahun 1), BM dan BI yang telah dihantar melalui PKG pada bulan Oktober/November 2010 akan dipantau dari segi aspek berikut:
i. Semua sekolah rendah sudah terima bahan digital BM dan BI (Tahap 1: Tahun 1 2011)
ii. Guru BM dan BI (Tahun 1) sudah hadir 'Taklimat Pengambilan dan Penggunaan'
3. Dapatan awal mendapati bahawa:
i. Guru BM/BI (Tahun 1)yang hadir taklimat tidak memberikan in-house kepada guru lain.
ii. Guru BM/BI (Tahun 1)lain yang disoal seringkali menjawab TIDAK menerima bahan digital (dari PKG) kerana sebab (i).
4. Jasa baik tuan-puan dipohon untuk mengingatkan sekolah-sekolah rendah dibawah seliaan PKG tentang pengedaran/penerimaan bahan ini pada tahun lepas. Pemantauan penuh oleh KPM dijangka bermula dalam masa sebulan lagi.
Sebarang kerjasama yang diberikan untuk menyelesaikan masalah 3i dan 3ii amat dihargai.
Terima-kasih.
--
Jaya Kumar C. Koran,
Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Persiaran Bukit Kiara,
50604 Kuala Lumpur
03-20986224
016-6029737
Tiada ulasan:
Catat Ulasan