Khamis, 2 Februari 2012

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.

Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.

Sumber: Portal Rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan

ICT Dalam Pendidikan

ICT (Information  Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat  dalam pelbagai bentuk.  ICT dalam pendidikan bermaksud
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras  dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan  pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan  ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan  tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan
penggunaan sumber  pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

KPM telah menggariskan tiga  dasar utama ICT dalam pendidikan.
 1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud  pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan  sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud  pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran  Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran  bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian  kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian  CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan  produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil  daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi  pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan  bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
 1.    meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
 2.    memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
 3.    memperluas kurikulum berasaskan ICT;
 4.    meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
 5.    menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
 6.    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar,  tenaga   pengajar, dan personel KPM;
 7.    meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;

 8.    meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
 9.    meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
 10.    meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan  masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Sumber : Portal PPD Manjung

Khidmat Bantu PSS

Berhubung perkara di atas, di bawah adalah senarai sekolah yang pilih untuk diberi khidmat bantu PSS Peringkat Negeri (ISO):


BIL NAMA SEKOLAH                
1   SK PENGKALAN AUR  (PKG SIMPANG Daerah LMS)
2   SK SUNGAI JEJAWI   (PKG TELUK INTAN Daerah HILIR PERAK)
3   SMK MUZAFFAR SHAH   (PKG TELUK MEDAN Daerah KERIAN)
4   SMK SIMPANG BELURU  (PKG KATI Daerah KUALA KANGSAR)


Program ini akan dilaksanakan bermula pada bulan Mei 2012.


2.   Sebarang pertukaran sekolah akan dimaklumkan kemudian.


Sekian terima kasih.


Sumber : BTPN Perak

Rabu, 1 Februari 2012

Pegawai Meja MBMMBI

Selari dengan harapan En. Mohammad Yusof b K Mohamad, KPP BTPN Perak memastikan BTPN/PKG sentiasa berupaya menyampaikan maklumat tepat kepada pelanggan maka diperjelaskan peranan unit dan pegawai meja di BTPN sebagai panduan dan rujukan tuan/puan/cik semasa menjawab persoalan perlaksanaan dasar MBMMBI oleh sekolah-sekolah di bawah seliaan tuan/puan/cik.


PENGEDARAN DAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI (BM/BI) SM & SR
Unit untuk dihubungi - Unit Promosi, Inovasi dan Media (UPIM)
Pegawai Meja - 
En Sharuddin b Yusof (2924933/4955 sambungan 103)
En Abd Manap b Hj Ibrahim (2924933/4955 sambungan 109)


MAKMAL BAHASA MBMMBI SM & SR
Unit untuk dihubungi - Unit Perkhidmatan ICT (UPICT)
Pegawai Meja - Pemasangan Perisian & Bekalan Peralatan
En Mohd Faizal b Ibrahim (2924933/4955 sambungan 118)


Pegawai Meja - Penggantian dan Perolehan
En Megat Mohd Ridzuan b Megat Noh (2924933/4955 sambungan 218)


Semoga maklumat ini sedikit sebanyak membantu tuan/puan/cik menjayakan dasar MBMMBI


Sumber : BTPN Perak





Internet sumbang 4.1% KDNK

PENGGUNAAN Internet di Malaysia menyumbang sehingga 4.1 peratus dalam keluaran dalam
negara kasar (KDNK) pada 2010, melebihi angka yang dicatatkan negara membangun seperti 
Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus).

Menurut kajian firma penyelidik McKinsey dan syarikat teknologi maklumat Google, perkembangan 
pesat Internet menjadi salah satu industri utama di Malaysia yang menyumbang sehingga 
RM30 bilion kepada keseluruhan KDNK bernilai RM738 bilion. Ketua McKinsey & Company, 
Nimal Manuel berkata, ini sekali gus menempatkan Malaysia antara 30 negara berkembang 
pantas dan penting bagi masa depan Internet. “Berdasarkan penyelidikan, kami menjangkakan 
Malaysia melihat peningkatan nilai aktiviti domestik berdasarkan Internet yang menyumbang 
kepada ekonomi negara dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

“Kadar penembusan Internet di Malaysia berganda antara 2008 dan 2010, namun Internet masih 
banyak potensi yang belum diterokai,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai contoh, walaupun perniagaan di Malaysia menjual lebih banyak produk atau 
perkhidmatan secara online berbanding negara lain, dari segi pengiklanan ia masih jauh berbeza. 
Penyelidikan dinamakan ‘Online and Upcoming: The Internet’s Impact on Aspiring Countries’ turut 
dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang dan 
Pengurus Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan.

Sumber : My Metro

PKG SIMPANG, PERAK: Tip Belajar: Fokus sepenuhnya ketika menghafal

PKG SIMPANG, PERAK: Tip Belajar: Fokus sepenuhnya ketika menghafal

Tip Belajar: Fokus sepenuhnya ketika menghafal


    
BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman
mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu
pelajar menjadi lebih cemerlang. Antara aspek penting perlu diberi tumpuan
ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan
atau catatan fakta. Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika
tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan
bertambah pening.


Justeru, cara hafalan yang betul ialah:


  • Menggunakan gambar sebagai memori

    Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan 

  • membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru
     sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan
    kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

  • Berikan tumpuan penuh semasa menghafal.

    Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton 

  • televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya 
    ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.

  • Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.

    Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang 

  • semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis 
    apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.

  • Mula belajar sejak awal.

    Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya 

  • tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan 
    menyebabkan hafalan bercelaru.

  • Mengulang kaji sedikit-sedikit.

    Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia 

  • adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat 
    ulang kaji secara berterusan.

  • Buat nota ringkas.

    Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda

  •  ‘gembira’ ketika mengulang kaji.



  • Sumber : My Metro


  • CUEPACS ancam buat sendiri


    Oleh S Anand Kumar

    2012/02/01

    KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik, menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan. 

    Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat sokongan penuh kepimpinan tertinggi kesatuan berkenaan pada bengkel khas SBPA anjuran CUEPACS yang diadakan semalam.
    “Kertas kerja itu amat penting kerana ia adalah berdasarkan lima tuntutan utama yang dibangkitkan CUEPACS minggu lalu untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim SBPA. 

    “Jawatankuasa itu turut dianggotai sembilan pegawai CUEPACS dan 13 wakil kesatuan gabungan termasuk kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), persatuan akademik dan profesional. 

    “Jika pasukan petugas khas semakan semula SBPA diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian..., CUEPACS pula akan menyediakan kertas kerja dalam tempoh tiga minggu dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya pada Mac ini,” katanya di sini, semalam. 

    Lima tuntutan CUEPACS adalah mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah, kedudukan kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA, kedudukan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus serta menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred. 
    Omar berkata, CUEPACS juga akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini berhubung penyertaan tiga lagi pemimpin kanan kesatuan sekerja dalam pasukan petugas khas semakan semula SBPA. 

    Sementara itu, Pengerusi pasukan petugas khas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam berkata, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan kerajaan dalam menyempurnakan penambahbaikan mengenai skim berkenaan. 

    “Kita mengalu-alukan sebarang idea untuk penambahbaikan SBPA, jika CUEPACS menubuhkan jawatankuasa bertindak tidak menjadi sebarang masalah kerana mereka juga kemungkinan mempunyai pandangan atau idea tersendiri,” katanya. 


    Sumber : Berita Harian

    Murid maut disambar petir ketika bersukan




    2012/02/01

    IPOH: Seorang murid terbunuh, manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera selepas dipanah petir ketika sedang berlatih sukan di padang Sekolah Kebangsaan Mazuin di Kuala Kangsar, semalam. 

    Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, dan tiga rakannya serta seorang guru baru selesai menjalani latihan memanah.
    Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Ghaffar Mohamad, berkata murid Tahun Lima itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya berusia 10 hingga 12 tahun dan guru mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.
    "Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala mangsa yang cedera dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini. 


    sumber: Berita Harian

    Kajian Penggunaan Bahan Digital MBMMBI

    Salam

    Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PKG akan membuat soal selidik mengenai tahap penggunaan perisian bahan digital MBMMBI ke sekolah-sekolah menengah kelompok PKG. Soal selidik ini akan dilaksanakan mulai 2 februari 2012 dan berakhir pada penghujung februari 2012.

    harap maklum

    Pengisian IQ PSS

    Tuan/Puan


    Sehubungan dengan perkara di atas, tuan boleh meminta GPM PSS di dalam kelompok tuan untuk mengambil tindakan mengemas kini data di dalam IQ-PSS untuk 2012.


    Pastikan pada bulan Okt. 2012 semua sekolah telah menyelesaikan pengisian data


    Kerjasama tuan amat disanjungi dan dihargai.