Khamis, 17 Julai 2014

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)

Apakah itu Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)?

Rangkaian sosial pendidikan untuk sekolah.

ldusalford.wordpress.com
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Guru visitytl_btn
VLE adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
Pelajar visitytl_btn
Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan VLE. Terokai video, permainan dan posts yang mengujakan, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail dicloud, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
Ibu Bapa visitytl_btn
Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
MENGAPA VLE?
VLE adalah platform pembelajaran maya yang mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta content partners, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Melalui projek 1BestariNet, pendidikan masa depan diperkenalkan di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Mulai 2012, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
sumber: http://pembestarian.wordpress.com/persekitaran-pembelajaran-maya-vle/

Tiada ulasan: