Khamis, 28 Ogos 2014

Pengurusan Aset Alih 2015

Tuan/Puan

Salam Sejahtera

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, pekeliling baharu mengenai pengurusan aset alih telah dikeluarkan oleh BPPA.

3. Sehubungan dengan itu, dikelatkan pekeliling baharu Pengurusan Aset dan Stor untuk makluman dan tindakan tuan sebagai Pegawai Aset/Pemeriksa Aset/Lembaga Pemeriksa Aset/Pemverifikasi Stor/Pegawai Stor. Tuan/Puan juga boleh lawati laman berikut untuk muat turun fail berkenaan.

http://web.moe.gov.my/bppa/index.php/34-pekeliling-2014/105-pekeliling-perbendaharaan-malaysia-tatacara-pengurusan-aset-alih-dan-stor-kerajaan

ANUGERAH PENGURUSAN PSS CEMERLANG TAHUN 2014

PER: 1. ANUGERAH PENGURUSAN PSS CEMERLANG KATEGORI PKG
          2. ANUGERAH PENGURUSAN PSS CEMERLANG KATEGORI PPD
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan Majlis Anugerah PSS Cemerlang pada bulan Oktober 2014. Dalam majlis ini sebanyak 7 kategori anugerah akan disampaikan seperti berikut:
 
1.       Anugerah PSS Cemerlang Kat Sekolah Rendah Gred A
2.       Anugerah PSS Cemerlang Kat Sekolah Rendah Gred B
3.       Anugerah PSS Cemerlang Kat SKM
4.       Anugerah PSS Cemerlang Kat Sekolah Menengah Gred A
5.       Anugerah PSS Cemerlang Kat Sekolah Menengah Gred B
6.       Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang Kat PKG
7.       Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang Kat PPD
 
Sehubungan dengan itu semua PKG dan PPD dalam negeri Perak dipelawa menyertai Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang yang diadakan pada tahun ini.
 
Untuk tindakan tuan, bersama ini dilampirkan Instrumen Penilaian Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang Kat PKG dan PPD. Mohon lengkapkan instrument tersebut dan hantar ke BTPN Perak pada atau sebelum 29 September 2014 u.p Tn. Hj. Alias Mohamad.

Penyertaan Pertandingan Video Digital Pendidikan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

2. Bersama-sama ini dilampirkan status penyertaan berkaitan perkara di atas untuk perhatian dan rujukan tuan/puan/cik. Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, tarikh akhir menghantar penyertaan ke BTPN Perak ialah pada 30 September 2014.

Pengesahan Speedtest Oleh PKG dan Pengesahan Laporan oleh BTPN

Assalamualaikum dan Salam mesra,

1.  Memo Dalaman BTP KPM, KP(BTP-PENT)S/8800/50/25-10(18) bertarikh 24 Mac 2014 : Projek Perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (No. Kontrak:KPM/41/2011/06/0003) - Pengesahan Speedtest Oleh PKG dan Pengesahan Laporan oleh BTPN dirujuk.

2. Sehingga jam 10.00 pagi ini, BTPN Perak telah mengesahkan laporan daripada 8 PKG berikut :

i.    PKG TELOK MEDAN 2 sekolah
ii.   PKG SITIAWAN 1 sekolah
iii.  PKG SIMPANG 2 sekolah
iv. PKG SELAMA 2 sekolah
        iv. PKG PARIT 1 sekolah
v. PKG LAHAT 2 sekolah
vi. PKG KUALA KURAU 2 sekolah
vii. PKG BATU GAJAH 2 sekolah

3. Sehubungan dengan itu, PKG yang masih belum membuat laporan kelajuan capaian internet 1BestariNet sila berbuat demikian selewat-lewatnya esok 29 Ogos 2014. Tuntutan perjalanan bagi pemantauan ini hendaklah dikemukakan kepada Unit Kewangan BTPN Perak mengikut prosedur berkuatkuasa menggunakan peruntukan NKEA.

Khamis, 17 Julai 2014

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)

Apakah itu Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)?

Rangkaian sosial pendidikan untuk sekolah.

ldusalford.wordpress.com
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Guru visitytl_btn
VLE adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.
Pelajar visitytl_btn
Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan VLE. Terokai video, permainan dan posts yang mengujakan, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail dicloud, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
Ibu Bapa visitytl_btn
Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
MENGAPA VLE?
VLE adalah platform pembelajaran maya yang mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta content partners, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Melalui projek 1BestariNet, pendidikan masa depan diperkenalkan di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Mulai 2012, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.
sumber: http://pembestarian.wordpress.com/persekitaran-pembelajaran-maya-vle/

Isnin, 14 Julai 2014

IQ-PSS

TAHNIAH DAN SYABAS

Kepada GPM kelompok Simpang kerana berjaya menyelesaikan pengisian IQ PSS secara atas talian mengikut tarikh yang ditetapkan.

Penutupan sementara sistem ePantau

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan/puan, pihak urus setia sedang melakukan pemfailan dokumen verifikasi Chromebook yang telah dimuatnaik ke dalam sistem ePantau.

3.     Sehubungan itu, sistem ePantau akan ditutup sementara sehingga kerja-kerja pemfailan tersebut selesai. 

4.     Walaubagaimanapun, sistem eLapor dan eData tetap berjalan seperti biasa.

KHIDMAT BANTU VLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak PKG Simpang akan memberikan khidmat bantu penggunaan VLE kepada sekolah-sekolah kelompok. Hal ini kerana data menunjukkan penggunaan VLE dikalangan pihak sekolah masih rendah dan tidak mencapai sasaran KPI KPM. Adalah diharapkan pihak sekolah memberi kerjasama semasa khidmat bantu tersebut dijalankan

Khamis, 10 Julai 2014

PENGUMPULAN DATA NILAM

Mohon sekolah-sekolah kelompok sila ambil maklum dan tindakan. Sila hantar data tersebut ke PKG Simpang dengan kadar segera.

Terima kasih

Pemasangan Semula Sistem Operasi Microsoft Multipoint Server 2011

Sekolah-sekolah kelompok

Sila rujuk email.

Sekian

PENGUJIAN SISTEM SSQS

Assalamualaikum dan Salam mesra,

1. UPICT sedang membangunkan aplikasi SSQS 2014 bagi sekolah-sekolah Negeri Perak.

2. Sehubungan dengan itu, tuan diminta memberi kerjasama dalam melaksanakan pengujian terhadap aplikasi yang dibangunkan ini dengan menjawab soalan-soalan SSQS 2014 secara dalam talian.

3. Kesahihan jawapan tidak diperlukan kerana jawapan yang diberikan tidak akan diambil kira.

4. Mohon kerjasama pihak tuan untuk melaksanakan pengujian secara serentak pada 8 Julai 2014 (Selasa) mulai jam 10.00 pagi (bagi tujuan pengujian server stress)



Tatacara Pengujian :

1. Akses ke aplikasi SSQS 2014 melalui url : http://btpnperak.moe.edu.my/dami

2. Login Masuk Admin > Sekolah : Kodssekolah & Katalaluan ialah KODSEKOLAH

3. Dapatkan token bagi 1 GPM1 Pentadbir1 Murid (minimum) dan 1 Guru (minimum)

4. Pilih Kumpulan Responden > Gunakan token yang betul

5. Jawab semua sekolah SSQS 2014 dan hantar



Kerjasama dan tindakan tuan amat dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.

PEMANTAUAN PENGGUNAAN FROG VLE

Assalamualaikum WBT… 

Adalah dimaklumkan bahawa pemantauan penggunaan Frog VLE sedang dipantau secara online .

Perkara yang akan dipantau adalah seperti berikut :

a. Kekerapan penggunaan Frog VLE oleh guru, murid dan Ibu bapa secara mingguan mengikut Negeri, PKG dan sekolah.
b. Peratus pencapaian mengikut KPI yang telah ditetapkan - login Frog VLE selama 30 minit seminggu untuk 30% warga sekolah.
c. Status pengagihan ID Frog VLE kepada Guru, Murid dan Ibu bapa. 

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar warga sekolah menggunakan Frog VLE mengikut KPI yang telah ditetapkan (Login Frog VLE 30 minit dalam tempoh seminggu).

Khamis, 9 Januari 2014

PERLANTIKAN KETUA PENOLONG PENGARAH, BTPN PERAK
Warga BTPN Perak dan PKG Perak mengucapkan 
Selamat datang dan selamat bertugas
Dr. Suhaimi bin Kadir
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
------------------------
Jasamu dikenang
Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak