TAHNIAH DAN SYABAS
Kepada GPM kelompok Simpang kerana berjaya menyelesaikan pengisian IQ PSS secara atas talian mengikut tarikh yang ditetapkan.
Isnin, 14 Julai 2014
Penutupan sementara sistem ePantau
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, pihak urus setia sedang melakukan pemfailan dokumen verifikasi Chromebook yang telah dimuatnaik ke dalam sistem ePantau.
3. Sehubungan itu, sistem ePantau akan ditutup sementara sehingga kerja-kerja pemfailan tersebut selesai.
4. Walaubagaimanapun, sistem eLapor dan eData tetap berjalan seperti biasa.
KHIDMAT BANTU VLE
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak PKG Simpang akan memberikan khidmat bantu penggunaan VLE kepada sekolah-sekolah kelompok. Hal ini kerana data menunjukkan penggunaan VLE dikalangan pihak sekolah masih rendah dan tidak mencapai sasaran KPI KPM. Adalah diharapkan pihak sekolah memberi kerjasama semasa khidmat bantu tersebut dijalankan
Khamis, 10 Julai 2014
PENGUMPULAN DATA NILAM
Mohon sekolah-sekolah kelompok sila ambil maklum dan tindakan. Sila hantar data tersebut ke PKG Simpang dengan kadar segera.
Terima kasih
Terima kasih
Pemasangan Semula Sistem Operasi Microsoft Multipoint Server 2011
Sekolah-sekolah kelompok
Sila rujuk email.
Sekian
Sila rujuk email.
Sekian
PENGUJIAN SISTEM SSQS
Assalamualaikum dan Salam mesra,
1. UPICT sedang membangunkan aplikasi SSQS 2014 bagi sekolah-sekolah Negeri Perak.
2. Sehubungan dengan itu, tuan diminta memberi kerjasama dalam melaksanakan pengujian terhadap aplikasi yang dibangunkan ini dengan menjawab soalan-soalan SSQS 2014 secara dalam talian.
3. Kesahihan jawapan tidak diperlukan kerana jawapan yang diberikan tidak akan diambil kira.
4. Mohon kerjasama pihak tuan untuk melaksanakan pengujian secara serentak pada 8 Julai 2014 (Selasa) mulai jam 10.00 pagi (bagi tujuan pengujian server stress)
Tatacara Pengujian :
1. Akses ke aplikasi SSQS 2014 melalui url : http://btpnperak.moe.edu.my/dami
2. Login Masuk Admin > Sekolah : Kodssekolah & Katalaluan ialah KODSEKOLAH
3. Dapatkan token bagi 1 GPM, 1 Pentadbir, 1 Murid (minimum) dan 1 Guru (minimum)
4. Pilih Kumpulan Responden > Gunakan token yang betul
5. Jawab semua sekolah SSQS 2014 dan hantar
Kerjasama dan tindakan tuan amat dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.
PEMANTAUAN PENGGUNAAN FROG VLE
Assalamualaikum WBT…
Adalah dimaklumkan bahawa pemantauan penggunaan Frog VLE sedang dipantau secara online .
Perkara yang akan dipantau adalah seperti berikut :
a. Kekerapan penggunaan Frog VLE oleh guru, murid dan Ibu bapa secara mingguan mengikut Negeri, PKG dan sekolah.
b. Peratus pencapaian mengikut KPI yang telah ditetapkan - login Frog VLE selama 30 minit seminggu untuk 30% warga sekolah.
c. Status pengagihan ID Frog VLE kepada Guru, Murid dan Ibu bapa.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar warga sekolah menggunakan Frog VLE mengikut KPI yang telah ditetapkan (Login Frog VLE 30 minit dalam tempoh seminggu).
Khamis, 9 Januari 2014
| PERLANTIKAN KETUA PENOLONG PENGARAH, BTPN PERAK |
Warga BTPN Perak dan PKG Perak mengucapkan
Selamat datang dan selamat bertugas
Dr. Suhaimi bin Kadir
Ketua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
------------------------
Jasamu dikenang
Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad
Mantan Ketua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak |
Isnin, 10 Jun 2013
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
- Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) adalah kesinambungan daripada Smart School Management System (SSMS) Sekolah Bestari dan merupakan aplikasi yang dibangunkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tujuan berikut :
Mewujudkan hanya satu aplikasi pengurusan maklumat secara automasi terhadap
pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta PdP di peringkat sekolah
Mewujudkan hanya satu pangkalan data operasi di peringkat sekolah
- Kini SPS dijadikan inisiatif 43C Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi menjadi penyelesaian kepada inisiatif Menangani Isu Beban Tugas Guru dan inisiatif Pengintegrasian Satu Data Pendidikan KPM
- SPS terdiri daripada 22 modul operasi sekolah iaitu:
Pengurusan Kemudahan Sekolah
Pengurusan Takwim Sekolah
Pengurusan Pentadbir Sistem
Pengurusan Staf
Pengurusan Murid
Pengurusan Sistem Rumah
Pengurusan Jadual Waktu
Pengurusan Asrama
Pengurusan Kehadiran
Pengurusan Kedatangan Murid
Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
Pengurusan SPBT
Pengurusan Disiplin
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Kandungan
Pengurusan Program Nilam
Pengurusan Peperiksaan
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Laporan
Pengurusan Utiliti
Pengurusan e-Cuti
- Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) KPM ke 199 Bil. 3/2012 bersama YAB Menteri Pelajaran Malaysia pada 3 Mac 2012 telah membuat keputusan untuk memperluaskan SPS ke semua sekolah mulai tahun 2013 dan secara berperingkat menjadi aplikasi unggul pengurusan maklumat di sekolah.
Rabu, 24 April 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
