Selasa, 27 September 2011

152,000 bersara 'miskin'



PETALING JAYA 26 Sept. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000.
Jumlah simpanan itu adalah di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak RM120,000.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya turut mendapati golongan pencarum tidak aktif berusia 54 tahun yang mempunyai baki simpanan purata serendah RM23,000, tahun lalu, tiga kali ganda lebih ramai berbanding jumlah pencarum aktif lain.
Katanya, jumlah simpanan yang rendah itu dikhuatiri menyebabkan individu terbabit akan hidup di bawah paras kemiskinan apabila bersara.
Beliau berkata, golongan yang mempunyai simpanan kurang RM50,000 itu meliputi 73 peratus pencarum KWSP dalam kategori pencarum tidak aktif.
Katanya, hanya 17 peratus daripada pencarum kumpulan ini mempunyai simpanan di dalam KWSP melebihi RM100,000 sewaktu bersara nanti.
''Selain itu, ramai juga pencarum yang membelanjakan wang persaraan terlalu cepat sehingga menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan dalam tempoh yang singkat,'' ujarnya.
Tambah Azlan, dalam kajian KWSP pada 2003, pihaknya mendapati sebanyak 14 peratus daripada pencarum menghabiskan simpanan dalam tempoh tiga tahun selepas persaraan.
Katanya, sebanyak 50 peratus pencarum lagi didapati menghabiskan simpanan dalam tempoh lima tahun dan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun.
''Kadar purata jangka hayat penduduk Malaysia dijangka terus meningkat sehingga 75 tahun berbanding 60 tahun.
''Sehubungan itu, setiap individu perlu mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun sewaktu dalam tempoh perkhidmatan,'' ujarnya.

sumber : Utusan Malaysia

Jumaat, 23 September 2011

Pengarah Bahagian Teknologi PendidikanWarga PKG Simpang mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg Dato.

1 BestariNet


1 BestariNet
Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.
Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
  • Polisi
  • Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
  • Teknologi
  • Proses

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS).

e-al Qamus ialah kamus istilah dalam bentuk elektronik tribahasa (Bahasa Arab-Arab-Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris) yang merupakan ensiklopedia bahasa moden pertama secara online di Malaysia.


Isnin, 5 September 2011

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Warga PKG Simpang Mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Kami juga mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54.

Khamis, 4 Ogos 2011

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN




Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w 
bersabda: 
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat 
 pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit
 pun pahala orang yang berpuasa tersebut." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
 

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa 
    berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya 
    melakukannya. 
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat 
    seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan 
    umat Islam. 
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput
    orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, 
    seteguk air minum atau seteguk susu. 

Rabu, 13 Julai 2011

Bengkel Pengurusan Data Asas Teknologi Pendidikan

Tuan/Puan,

Dalam mesy BTPN-PKG bil2/2011,  sekolah-sekolah dibawah PKG Simpang hendaklah download borang SSQS dan isi secara manual.  Pada  (14.7.2011)  bawa ke PKG SIMPANG untuk diisi secara online di PKG. Tarikh (14.7.2011)telahpun ditetapkan untuk PKG Simpang di LMS untuk melaksanakan Bengkel SSQS online.    
  
Bersama-sama ini disertakan surat panggilan Bengkel Pengurusan Data Asas Teknologi Pendidikan.  Sila hubungi PKG jika ada masalah dalam hal ini.Boleh menghubungi PTP 1 Pn Azatus Sakhia /PTP 2 En Abdullah b Md Azanan / Juruteknik Komputer En Teuku Mohd Hanif b Tarmizi  di talian PKG  05-8470226.

Untuk Makluman
Bagi cetakan Borang Manual

1) SM - 62 Responden terdiri daripada:-
   30 Murid
   30 Guru
   1 Pengetua
   1 Guru ICT

2) SR - 62 Responden terdiri daripada:-
   30 Murid
   30 Guru
   1 GB
   1 Guru ICT

3) SR (SKM) - terdiri daripada:-
   6 Murid
   6 Guru
   1 GB
   1 Guru ICT

Harap maklum

Yang Menjalankan tugas,

Pn. Azatus Sakhia bt Shakir Mashkor,
PTP1 PKG Simpang,

Rabu, 6 Julai 2011

Penutupan Sementara Server SSQS untuk tujuan keselamatan



Server SSQS ditutup sementara waktu sehingga hari Jumaat 8 Julai 2011 untuk tujuan keselamatan.


Oleh yang demikian aktiviti pengisian data ditangguhkan buat sementara waktu dan disambung semula pada 9 julai 2011.


Munawwar Bin Ismail
Pegawai Teknologi Pendidikan
Sektor Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGARAAN ICT DI SEKOLAH NEGERI PERAK

Tuan/Puan,

Perkara di atas mohon dirujuk.

2.    Mohon kerjasama tuan/puan untuk  melengkapkan pengisian maklumbalas secara online di http://175.145.14.201/penyenggaraan atau boleh diakses melalui laman web BTPN Perak.  Log Masuk : No Kod Sekolah  dan Katalaluan :  No Kod sekolah  


3.    Sebagai makluman, Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT perlulah mengisi semua ruangan maklumat di Bahagian A sehingga Bahagian F, dan pastikan  "click" pada ruangan simpan bahagian (sama ada A/B/C/D/E/F) setiap kali selesai pengisian maklumat di setiap bahagian. Pengisian ini perlu dibuat secepat mungkin atau selewat-lewatnya hari Jumaat ini. 

4.    Sebarang masalah, sila hubungi En.Mohd. Norman bin Maraddin  di talian 012 5932601

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


PKG SIMPANG

Isnin, 4 Julai 2011

Bilangan responden yang perlu menjawab dalam SSQS.

assalamualaikum...
Saya seperti yang diarahkan memaklumkan kepada semua sahabat PKG seluruh negeri perak, pihak kami menerima banyak pertanyaan dari pkg dan sekolah mengenai bilangan responden yang perlu menjawab dalam SSQS. 
Dimaklumkan bahawa segala arahan berkaitan SSQS akan dimaklumkan dalam slot UPICT pada mesyuarat penyelarasan yang akan diadakan di BTPN nanti. Ini adalah kerana BTPN perlu mendapat pengesahan dari BTP mengenai perkara tersebut. Diharapkan pihak PKG tidak memberi apa-apa maklumat mengenai bilangan responden kepada sekolah sebelum makluman terkini diperolehi dari BTP. 

saya yang menurut perintah,
************************
Adenan bin Morad 
Pegawai Teknologi Pendidikan
UPICT BTPN Perak

Pemantauan pelaksanaan Dasar MBMMBI

Pemantauan bersama antara Bahagian-bahagian KPM akan diadakan bagi pelaksanaan Dasar MBMMBI dalam masa terdekat ini.

2. Bagi BTP, Bahan Digital MBMMBI (Tahap 1: Tahun 1), BM dan BI yang telah dihantar melalui PKG pada bulan Oktober/November 2010 akan dipantau dari segi aspek berikut:

i.  Semua sekolah rendah sudah terima bahan digital BM dan BI (Tahap 1: Tahun 1 2011)
ii. Guru BM dan BI (Tahun 1) sudah hadir 'Taklimat Pengambilan dan Penggunaan' 

3. Dapatan awal mendapati bahawa:

i.  Guru BM/BI (Tahun 1)yang hadir taklimat tidak memberikan in-house kepada guru lain.
ii. Guru BM/BI (Tahun 1)lain yang disoal seringkali menjawab TIDAK menerima bahan digital (dari PKG) kerana sebab (i).

4. Jasa baik tuan-puan dipohon untuk mengingatkan sekolah-sekolah rendah dibawah seliaan PKG tentang pengedaran/penerimaan bahan ini pada tahun lepas. Pemantauan penuh oleh KPM dijangka bermula dalam masa sebulan lagi.

Sebarang kerjasama yang diberikan untuk menyelesaikan masalah 3i dan 3ii amat dihargai.

Terima-kasih.

-- 
Jaya Kumar C. Koran, 
Penolong Pengarah, 
Bahagian Teknologi Pendidikan, 
Kementerian Pelajaran Malaysia, 
Persiaran Bukit Kiara, 
50604 Kuala Lumpur 
03-20986224 
016-6029737