Rabu, 1 Februari 2012

Internet sumbang 4.1% KDNK

PENGGUNAAN Internet di Malaysia menyumbang sehingga 4.1 peratus dalam keluaran dalam
negara kasar (KDNK) pada 2010, melebihi angka yang dicatatkan negara membangun seperti 
Amerika Syarikat (3.8 peratus) dan China (2.6 peratus).

Menurut kajian firma penyelidik McKinsey dan syarikat teknologi maklumat Google, perkembangan 
pesat Internet menjadi salah satu industri utama di Malaysia yang menyumbang sehingga 
RM30 bilion kepada keseluruhan KDNK bernilai RM738 bilion. Ketua McKinsey & Company, 
Nimal Manuel berkata, ini sekali gus menempatkan Malaysia antara 30 negara berkembang 
pantas dan penting bagi masa depan Internet. “Berdasarkan penyelidikan, kami menjangkakan 
Malaysia melihat peningkatan nilai aktiviti domestik berdasarkan Internet yang menyumbang 
kepada ekonomi negara dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

“Kadar penembusan Internet di Malaysia berganda antara 2008 dan 2010, namun Internet masih 
banyak potensi yang belum diterokai,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai contoh, walaupun perniagaan di Malaysia menjual lebih banyak produk atau 
perkhidmatan secara online berbanding negara lain, dari segi pengiklanan ia masih jauh berbeza. 
Penyelidikan dinamakan ‘Online and Upcoming: The Internet’s Impact on Aspiring Countries’ turut 
dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang dan 
Pengurus Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan.

Sumber : My Metro

Tiada ulasan: