Memaparkan catatan dengan label Info Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Guru. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2011

NUTP syor insentif guru buat kerja tambahan


Kesatuan mahu skim bayaran tiga baris dikaji semula

KOTA BHARU: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya membayar insentif atau bayaran khas kepada guru yang memiliki kepakaran dan sanggup melakukan kerja tambahan di sekolah.


Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pada dasarnya, kira-kira 17,000 ahli NUTP sentiasa bersedia dengan beban kerja tambahan yang terpaksa dilakukan di sekolah bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan lancar.


Katanya, guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif lain walaupun terpaksa menanggung bebanan kerja terutama menjadi guru ganti mata pelajaran tertentu.

“Guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif walaupun dibebani dengan kerja tambahan dan kira-kira 17,000 ahli NUTP sanggup memikul beban itu.

“Memandangkan selama ini mereka bekerja dalam keadaan sukarela, sudah tiba masanya kerajaan menimbangkan usul supaya guru memiliki kepakaran dan bersedia dibebani kerja lebih itu dibayar insentif sebagai menghargai khidmat mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung NUTP Cawangan Kelantan Ke-19, di sini, semalam.

Yim Pheng berkata, dalam perkembangan lain, NUTP berharap kerajaan akan mengkaji semula skim bayaran guru daripada tiga baris seperti yang dipraktikkan sekarang kepada sistem sebaris, dengan mewujudkan satu gred satu baris. 
Katanya, melalui kaedah ini, ia boleh mewujudkan satu laluan budaya kerjaya lebih lancar, profesional, sihat dan berkualiti sekali gus meningkatkan tahap P&P yang cemerlang untuk kemajuan pelajar di negara ini.

“NUTP juga meminta kerajaan supaya menilai semula guru yang sudah lama berkhidmat dan berpengalaman menerusi skim gaji bersepadu, yang mampu mewujudkan laluan kerjaya menarik kepada guru bermula dari gred 41 sehingga gred seterusnya.

“Apabila skim itu dipersetujui kerajaan, guru yang berpengalaman ditambah tempoh perkhidmatannya dan secara tidak langsung mereka layak menerima kenaikan gaji sebelum bersara dengan bayaran pencen lebih besar, sesuai dengan tempoh berkhidmat,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan menggantikan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) kepada Program Sepadu Pembangunan Kompitensi (PROSPEK), beliau berkata, NUTP bersedia mengikuti dasar baru itu, namun berharap pelaksanaannya nanti harus mengambil kira kepentingan guru.

“NUTP harap PROSPEK ini akan memberi peluang kepada ramai guru untuk naik pangkat tanpa sekatan dan kesulitan, selain berharap kerajaan akan memanggil kami untuk membincangkan sebarang cadangan baru sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya,” katanya. 


sumber : Berita Harian

Jumaat, 17 Jun 2011

Sambutan Hari Guru peringkat LMS

18 Jun 2011(Sabtu) jam 2.30ptg majlis sambutan Hari Guru peringkat LMS di SM Dr Burhanuddin, dijemput semua ketua PKG hadir pada majlis tersebut.  Pakaian Batik.

Hari ini, 17 Jun 2011(Jumaat) satu raptai akan diadakan pada jam 3.00ptg, pada jawatankuasa yang terlibat harap dapat hadir bersama.


Sekian, dimaklum. Terima Kasih.

taklimat ssqs

assalamualaikum...
dilampirkan maklumat tempat taklimat ssqs bagi setiap daerah untuk makluman dan tindakan ketua daerah.
segala pertanyaan sila hubungi en abd aziz bin jamaluddin di unit ICT.
sekian terima kasih

-- 
************************
Adenan bin Morad 
Pegawai Teknologi Pendidikan
UPICT BTPN Perak

TEMPAT TAKLIMAT SSQS 2011.pdfTEMPAT TAKLIMAT SSQS 2011.pdf
70 KB  View  Download

Taklimat Pengurusan Pengisian Data SSQS

Assalamualaikum,

Satu taklimat Pengurusan Pengisian Data SSQS akan diadakan pada 20 Jun 2011 jam 2.30ptg di Bangunan PPD lama.
Surat akan dikeluarkan oleh pihak PPD ke sekolah. Walaubagaimanapun harap PKG maklum ke semua sekolah kepada guru ICT yang terlibat.
Dengan itu diharap semua pkg sediakan borang kehadiran kelompok masing-masing. Kehadiran adalah wajib setiap sekolah. pengarah JPN hendak pastikan semua sekolah ada wakil, ini dimaklumkan oleh En. Aziz Jamaluddin, unit ICT BTPN Perak.

Sekian dimaklum.


sumber : BTPN Perak

Rabu, 15 Jun 2011

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun



Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 telah dibuka bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun (pada tahun ini) di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.


sumber : KPM