Rabu, 1 Februari 2012
Tip Belajar: Fokus sepenuhnya ketika menghafal
BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman
mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu
pelajar menjadi lebih cemerlang. Antara aspek penting perlu diberi tumpuan
ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan
atau catatan fakta. Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika
tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan
bertambah pening.
Justeru, cara hafalan yang betul ialah:
Menggunakan gambar sebagai memori
Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan
membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru
mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu
pelajar menjadi lebih cemerlang. Antara aspek penting perlu diberi tumpuan
ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan
atau catatan fakta. Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika
tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan
bertambah pening.
Justeru, cara hafalan yang betul ialah:
Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan
membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru
sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan
kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.
Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton
televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya
ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.
Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.
Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang
semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis
apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.
Mula belajar sejak awal.
Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya
tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan
menyebabkan hafalan bercelaru.
Mengulang kaji sedikit-sedikit.
Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia
adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat
ulang kaji secara berterusan.
Buat nota ringkas.
Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda
‘gembira’ ketika mengulang kaji.
Sumber : My Metro
Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang
semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis
apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.
Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya
tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan
menyebabkan hafalan bercelaru.
Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia
adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat
ulang kaji secara berterusan.
Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda
‘gembira’ ketika mengulang kaji.
CUEPACS ancam buat sendiri
Oleh S Anand Kumar
2012/02/01
KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mengancam menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik, menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan. Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat sokongan penuh kepimpinan tertinggi kesatuan berkenaan pada bengkel khas SBPA anjuran CUEPACS yang diadakan semalam.
“Kertas kerja itu amat penting kerana ia adalah berdasarkan lima tuntutan utama yang dibangkitkan CUEPACS minggu lalu untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim SBPA.
“Jawatankuasa itu turut dianggotai sembilan pegawai CUEPACS dan 13 wakil kesatuan gabungan termasuk kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), persatuan akademik dan profesional.
“Jika pasukan petugas khas semakan semula SBPA diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian..., CUEPACS pula akan menyediakan kertas kerja dalam tempoh tiga minggu dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya pada Mac ini,” katanya di sini, semalam.
Lima tuntutan CUEPACS adalah mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah, kedudukan kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA, kedudukan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus serta menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred.
Omar berkata, CUEPACS juga akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini berhubung penyertaan tiga lagi pemimpin kanan kesatuan sekerja dalam pasukan petugas khas semakan semula SBPA.
Sementara itu, Pengerusi pasukan petugas khas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam berkata, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan kerajaan dalam menyempurnakan penambahbaikan mengenai skim berkenaan.
“Kita mengalu-alukan sebarang idea untuk penambahbaikan SBPA, jika CUEPACS menubuhkan jawatankuasa bertindak tidak menjadi sebarang masalah kerana mereka juga kemungkinan mempunyai pandangan atau idea tersendiri,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Murid maut disambar petir ketika bersukan
2012/02/01
IPOH: Seorang murid terbunuh, manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera selepas dipanah petir ketika sedang berlatih sukan di padang Sekolah Kebangsaan Mazuin di Kuala Kangsar, semalam. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, dan tiga rakannya serta seorang guru baru selesai menjalani latihan memanah.Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Ghaffar Mohamad, berkata murid Tahun Lima itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya berusia 10 hingga 12 tahun dan guru mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan."Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala mangsa yang cedera dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
sumber: Berita Harian
Kajian Penggunaan Bahan Digital MBMMBI
Salam
Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PKG akan membuat soal selidik mengenai tahap penggunaan perisian bahan digital MBMMBI ke sekolah-sekolah menengah kelompok PKG. Soal selidik ini akan dilaksanakan mulai 2 februari 2012 dan berakhir pada penghujung februari 2012.
harap maklum
Sehubungan dengan perkara di atas, pihak PKG akan membuat soal selidik mengenai tahap penggunaan perisian bahan digital MBMMBI ke sekolah-sekolah menengah kelompok PKG. Soal selidik ini akan dilaksanakan mulai 2 februari 2012 dan berakhir pada penghujung februari 2012.
harap maklum
Pengisian IQ PSS
Tuan/Puan
Sehubungan dengan perkara di atas, tuan boleh meminta GPM PSS di dalam kelompok tuan untuk mengambil tindakan mengemas kini data di dalam IQ-PSS untuk 2012.
Pastikan pada bulan Okt. 2012 semua sekolah telah menyelesaikan pengisian data
Kerjasama tuan amat disanjungi dan dihargai.
Sehubungan dengan perkara di atas, tuan boleh meminta GPM PSS di dalam kelompok tuan untuk mengambil tindakan mengemas kini data di dalam IQ-PSS untuk 2012.
Pastikan pada bulan Okt. 2012 semua sekolah telah menyelesaikan pengisian data
Kerjasama tuan amat disanjungi dan dihargai.
Selasa, 27 September 2011
152,000 bersara 'miskin'
Jumlah simpanan itu adalah di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak RM120,000.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya turut mendapati golongan pencarum tidak aktif berusia 54 tahun yang mempunyai baki simpanan purata serendah RM23,000, tahun lalu, tiga kali ganda lebih ramai berbanding jumlah pencarum aktif lain.
Katanya, jumlah simpanan yang rendah itu dikhuatiri menyebabkan individu terbabit akan hidup di bawah paras kemiskinan apabila bersara.
Beliau berkata, golongan yang mempunyai simpanan kurang RM50,000 itu meliputi 73 peratus pencarum KWSP dalam kategori pencarum tidak aktif.
Katanya, hanya 17 peratus daripada pencarum kumpulan ini mempunyai simpanan di dalam KWSP melebihi RM100,000 sewaktu bersara nanti.
''Selain itu, ramai juga pencarum yang membelanjakan wang persaraan terlalu cepat sehingga menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan dalam tempoh yang singkat,'' ujarnya.
Tambah Azlan, dalam kajian KWSP pada 2003, pihaknya mendapati sebanyak 14 peratus daripada pencarum menghabiskan simpanan dalam tempoh tiga tahun selepas persaraan.
Katanya, sebanyak 50 peratus pencarum lagi didapati menghabiskan simpanan dalam tempoh lima tahun dan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun.
''Kadar purata jangka hayat penduduk Malaysia dijangka terus meningkat sehingga 75 tahun berbanding 60 tahun.
''Sehubungan itu, setiap individu perlu mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun sewaktu dalam tempoh perkhidmatan,'' ujarnya.
sumber : Utusan Malaysia
Jumaat, 23 September 2011
1 BestariNet
1 BestariNet
Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.
Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.
Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
- Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
- Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
- Polisi
- Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
- Teknologi
- Proses
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS).
e-al Qamus ialah kamus istilah dalam bentuk elektronik tribahasa (Bahasa Arab-Arab-Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris) yang merupakan ensiklopedia bahasa moden pertama secara online di Malaysia.
Isnin, 5 September 2011
Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Warga PKG Simpang Mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin. Kami juga mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54.
Langgan:
Catatan (Atom)
Warga PKG Simpang mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg Dato.