Rabu, 1 Februari 2012

Tip Belajar: Fokus sepenuhnya ketika menghafal


    
BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman
mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu
pelajar menjadi lebih cemerlang. Antara aspek penting perlu diberi tumpuan
ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan
atau catatan fakta. Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika
tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan
bertambah pening.


Justeru, cara hafalan yang betul ialah:


  • Menggunakan gambar sebagai memori

    Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan 

  • membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru
     sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan
    kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

  • Berikan tumpuan penuh semasa menghafal.

    Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton 

  • televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya 
    ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.

  • Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.

    Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang 

  • semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis 
    apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.

  • Mula belajar sejak awal.

    Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya 

  • tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan 
    menyebabkan hafalan bercelaru.

  • Mengulang kaji sedikit-sedikit.

    Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia 

  • adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat 
    ulang kaji secara berterusan.

  • Buat nota ringkas.

    Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda

  •  ‘gembira’ ketika mengulang kaji.



  • Sumber : My Metro


  • Tiada ulasan: