Jumaat, 17 Jun 2011

Mesyuarat PKG Daerah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada 
Semua PTP1, PTP2 dan JK Komputer  PKG.

Satu Mesyuarat akan diadakan pada 21 Jun 2011(Selasa) Jam 8.30pgai di PKG Taiping.
Harap PTP1, PTP2 dan JK Komputer setiap pkg dapat hadir pada mesyuarat tersebut. Surat panggilan  dari BTPN akan dikeluarkan oleh KPP dalam masa terdekat.
Perkara yang akan dibincangkan:
1. Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat LMS
2. Pasukan Konfigurasi Rangkaian
3. Hal-hal 

Sekian dimaklum.



sumber : BTPN Perak

Sambutan Hari Guru peringkat LMS

18 Jun 2011(Sabtu) jam 2.30ptg majlis sambutan Hari Guru peringkat LMS di SM Dr Burhanuddin, dijemput semua ketua PKG hadir pada majlis tersebut.  Pakaian Batik.

Hari ini, 17 Jun 2011(Jumaat) satu raptai akan diadakan pada jam 3.00ptg, pada jawatankuasa yang terlibat harap dapat hadir bersama.


Sekian, dimaklum. Terima Kasih.

taklimat ssqs

assalamualaikum...
dilampirkan maklumat tempat taklimat ssqs bagi setiap daerah untuk makluman dan tindakan ketua daerah.
segala pertanyaan sila hubungi en abd aziz bin jamaluddin di unit ICT.
sekian terima kasih

-- 
************************
Adenan bin Morad 
Pegawai Teknologi Pendidikan
UPICT BTPN Perak

TEMPAT TAKLIMAT SSQS 2011.pdfTEMPAT TAKLIMAT SSQS 2011.pdf
70 KB  View  Download

Taklimat Pengurusan Pengisian Data SSQS

Assalamualaikum,

Satu taklimat Pengurusan Pengisian Data SSQS akan diadakan pada 20 Jun 2011 jam 2.30ptg di Bangunan PPD lama.
Surat akan dikeluarkan oleh pihak PPD ke sekolah. Walaubagaimanapun harap PKG maklum ke semua sekolah kepada guru ICT yang terlibat.
Dengan itu diharap semua pkg sediakan borang kehadiran kelompok masing-masing. Kehadiran adalah wajib setiap sekolah. pengarah JPN hendak pastikan semua sekolah ada wakil, ini dimaklumkan oleh En. Aziz Jamaluddin, unit ICT BTPN Perak.

Sekian dimaklum.


sumber : BTPN Perak

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah

Kepada 
Semua PTP PKG negeri Perak

1. Diperingatkan kepada semua PKG supaya dapat melaksanakan pemilihan Tokoh Nilam mengikut masa yang ditetapkan.

2. Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah perlu diselesaikan sebelum 30 Julai 2011.

3. Ketua PKG Daerah atau Penyelaras Sumber Daerah perlu menghantar nama ke BTPN Perak dengan menggunakan borang yang di attachkan bersama e-mail ini (JANGAN UBAHSUAI / JANGAN GUNA BORANG LAIN ). Hantarkan sebelum pada 15 Ogos 2011.

4. Daerah yang menggunakan borang lain, pencalonannya akan dibatalkan kerana akan di pertikaian oleh Audit Sirim.

5. Bagi melihat perjalanan pemilihan tokoh nilam di peringkat PKG dan Daerah, Ketua PKG Daerah diminta E-MAILKAN JADUAL pemilihan Tokoh NILAM peringkat PKG dalam daerah dan juga pemilihan di peringkat Daerah. Kemungkinan besar KPP akan memantau pemilihan tersebut dengan membuat lawatan.

Sekian, terima kasih

sumber :BTPN Perak

BTPNPRK_PSP NILAM 03.docBTPNPRK_PSP NILAM 03.doc
36 KB  View  Download

Khamis, 16 Jun 2011

Some Malaysian websites are offline

PETALING JAYA: The www.malaysia.gov.my portal targeted for attack at 3.30am today by a foreign-based hacker group has been offline since midnight. Several other Malaysian Government websites are also offline.

Speculation is rife on blogs and Twitter, the micro-blogging site, with some believing that the hacker group that calls itself Anonymous has launched a distributed denial-of-service attack on the websites.
Others, however, seem equally sure that local authorities have unplugged the servers of these sites, either in an attempt to spoil Anonymous' plan, or to buy more time for website security to be upgraded before putting the sites back online.
Securitynewsdaily.com posted that the malaysia.gov.my website became unresponsive around midnight, most likely due to a denial-of-service attack.
This method of attack involves bombarding the website with an ever increasing amount of requests that it eventually becomes unable to handle all the queries and crashes.
On Twitter, some said they don't believe it was due to plug-pulling, while others stated that it was. One person tweeted that he received e-mail messages advising him to switch off servers, but did not provide more details when contacted through Twitter.
The other government websites that were offline includewww.parlimen.gov.mywww.rmp.gov.my (Royal Malaysian Police),www.treasury.gov.my (Ministry of Finance), and www.mocat.gov.my(Ministry of Culture, Arts and Tourism).
But the Parliament, Treasury and Police websites came back up before 9am.
Among the unaffected are the websites belonging to the Ministry of Defence, Department of Islamic Development, the Election Commission, and Tourism Malaysia.
Anonymous had threatened to hack the malaysia.gov.my portal to protest against the Malaysian Government's censorship of the Internet, movies and TV shows. And because Malaysia had banned and called for the blocking of 10 filesharing sites. These sites were among the most visited by Malaysians to illegally download movies.
sumber : the star

MTUC minta RM900 sebulan



SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap memperjuangkan kenaikan gaji minimum kepada golongan berpendapatan rendah dengan jumlah sekurang-kurangnya RM900 sebulan. 

Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, jumlah itu dicadangkan selepas MTUC melakukan pemantauan serius mengenai tahap gaji pekerja sektor swasta dikatakan rendah. 

Menurutnya, kajian menunjukkan 35 peratus pekerja sektor itu dibayar gaji di bawah paras RM700 sebulan. 

“Gaji minimum mesti dipantau dan dikaji berdasarkan tempoh keadaan semasa. Cuba bayangkan jika dalam tempoh 20 tahun gaji minimum langsung tidak dinaikkan, walaupun kos sara hidup semakin tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Mohd Khalid berkata, MTUC tidak pernah berganjak dalam memperjuangkan isu mengenai gaji minimum itu


sumber : Sinar Harian

Gempa bumi kuat landa Papua New Guinea


KUALA LUMPUR: Gempa kuat bermagnitud 6.6 pada skala Richter melanda Papua New Guinea (PNG), pagi ini. 


Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa bumi jam 8.03 pagi di PNG New Britian Region itu berlaku di 605km timur laut Port Moresby dan 3,863km barat daya Kunak Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan jabatan itu di sini


sumber : Berita Harian 

MESYUARAT PENYELARASAN BTPN-PKG BIL.2/2011


Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 hingga 7 Julai 2011
Tempat : BTPN Perak

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan contoh laporan SKT PKG separuh tahun 2011. Tuan-tuan dikehendaki menggunakan "tapak" ini semasa tuan-tuan membuat persembahan di mesyuarat tersebut. Semua maklumat di dalam "tapak" ini diperolehi daripada SKT PKG Negeri Perak.

Penghantaran laporan kepada UPHEPKG hendaklah dibuat dalam bentuk cetakan dan "soft copy" semasa mesyuarat tersebut diadakan.

Tuan-tuan (Ketua PKG sahaja) juga dikehendaki membawa Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (borang kuning)yang lengkap untuk ditandatangani oleh Penilai Pertama.

Sebarang masalah, sila hubungi saya (Encik Megat Fuad)

Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


sumber : BTPN Perak


Contoh laporan setengah tahun pkg 2011.pptContoh laporan setengah tahun pkg 2011.ppt
5 MB  View  Download

Rabu, 15 Jun 2011

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun



Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 telah dibuka bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun (pada tahun ini) di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.


sumber : KPM

Autoform TNT

Bersama ini disertakan autoform TNT yang telah dibuat pembetulan pada ruang jawatan dalam tab OT.
Terima kasih kepada FT Kota Lama Kanan yang telah memberikan input yang berguna.

Sekian.


autoform.xlsautoform.xls
570 KB  View  Download

sumber : BTPN Perak

Selasa, 14 Jun 2011

Penamatan kereta api pergi balik Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) bakal menamatkan perkhidmatan kereta api pergi balik Kuala Lumpur – Ipoh – Kuala Lumpur bermula 1 Julai depan. 

Unit Komunikasi Korporat KTM berkata, penamatan perkhidmatan itu bertujuan penambahan koc-koc penumpang bagi laluan tersebut dengan kapasiti lebih padat. 

“Sebagai alternatif, KTM Intercity menyediakan beberapa perkhidmatan kereta api ekspres ke laluan tersebut. 

“Selain itu, penumpang boleh menaiki perkhidmatan kereta api Elektrik (ETS) untuk ke laluan tersebut. Penumpang juga dapat menikmati tambang serendah RM25.00*,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Menurutnya, sebarang pertanyaan boleh layari laman sesawang KTM Berhad, www.ktmb.com.my dan KTM Intercity www.ktmintercity.com.my atau hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-KTMB (5862). 

*Kadar tambang rendah RM25.00/sehala untuk perjalanan ETS silver sahaja. Sila layari www.ets-train.com.my untuk jadual dan tambang tren ETS


sumber : Sinar Harian

Kerajaan bentang bajet tambahan RM13 bilion di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13 bilion sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah daripada kira-kira RM163 bilion, yang diluluskan tahun lalu kepada RM176 bilion.

Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu.

Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).

Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi melatih graduan dalam bidang ICT (RM50 juta).

Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen

sumber : Sinar Harian

Penarafan PSS

Kepada
PTP PKG Negeri Perak.

Hasil daripada semakan iQPPS sehingga 13 Jun 2011 didapati laporan aktiviti penarafan adalah seperti di jadual dibawah.

[1] menanti tindakan GPM
        :484
[2] kemaskini profil sekolah oleh GPM
: 68
[3] penarafan PSS oleh GPM
        :162
[4] menati tindakan PKG
                :183
[5] semakan penarafan PSS oleh PKG
: 51
[6] index Quality PSS (iQ-PSS) disahkan
:139

2. Sehubungan itu kerjasama PTP PKG sangat-sangat diharapkan semoga penarafan PSS melalui iQPSS dapat disempurnakan sebelum 30 JUN 2011.

3. Kerjasama daripada PKG juga diperlukan semoga dapat memaklumkan kepada sekolah (GPM) supaya dapat mengambil tindakan sebelum 20 Jun 2011.

4. Hasil daripada aktiviti penarafan ini juga, seperti yang ditunjukan dalam jadual di atas sebanyak 183 yang memerlukan tindakan PKG belum diambil tindakan lagi.

Sekian, terima kasih.

sumber : BTPN Perak

Tuntutan Perpindahan

Kepada PTP, Pembantu Tadbir dan Juruteknik Komputer PKG Negeri Perak yang terlibat dalam pertukaran tempat bertugas luar stesen (melebihi 25 km)  dan melibatkan berpindah rumah mulai Januari hingga sekarang diminta mengemukakan borang tuntutan perpindahan ke BTPN bagi tujuan permohonan peruntukan dari BTP KPM dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh merujuk kepada Pn Zaharah di talian 05-2924955 sambungan 210.

Sekian, dimaklumkan.
Terima kasih.


sumber: BTPN Perak

MESYUARAT PENYELARASAN BTPN-PKG BIL.2/2011

Ketua PKG
Negeri Perak

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 hingga 7 Julai 2011
Tempat : BTPN Perak

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan contoh laporan SKT PKG separuh tahun 2011. Tuan-tuan dikehendaki menggunakan "tapak" ini semasa tuan-tuan membuat persembahan di mesyuarat tersebut. Semua maklumat di dalam "tapak" ini diperolehi daripada SKT PKG Negeri Perak.

Penghantaran laporan kepada UPHEPKG hendaklah dibuat dalam bentuk cetakan dan "soft copy" semasa mesyuarat tersebut diadakan.

Tuan-tuan (Ketua PKG sahaja) juga dikehendaki membawa Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (borang kuning)yang lengkap untuk ditandatangani oleh Penilai Pertama.

Sebarang masalah, sila hubungi saya (Encik Megat Fuad)

Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


sumber : BTPN Perak