Rabu, 1 Jun 2011

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Simpang

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Kelompok Pusat Kegiatan Guru Simpang

Dimaklumkan bahawa pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Simpang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 15 dan 16 Jun 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Simpang
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang.

Sehubungan itu, tuan diminta menghantar calon yang layak bersama guru pengiringnya iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) hadir dalam pemilihan Tokoh NILAM tersebut.

Semua calon yang terlibat dengan pemilihan Tokoh NILAM diminta menyediakan dokumen yang disenaraikan dan hendaklah dibawa semasa penilaian dijalankan (jika belum hantar ke PKG Simpang)


  • Borang pencalonan Pemilihan tokoh NILAM Negeri (BTP/PSP-NILAM 01)
  • Borang kebenaran ibu bapa/penjaga (BTP/PSP-NILAM 03)
  • Sejarah akademik calon (BTP/PSP-NILAM 013)
  • Folio calon tokoh NILAM (BTP/PSP-NILAM 04)
  • Instrumen pemilihan tokoh NILAM (BTP/PSP-NILAM 02)
  • Folio peribadi calon
  • Buku rekod membaca yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar
Kerjasama tuan dalam hal ini sangat-sangat diharapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Azatus Sakhia bt Shakir Mashkor, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Simpang. (0192641011)

Tiada ulasan: