Selasa, 28 Jun 2011

Status pelaksanaan program Nilam sehingga 30 Jun 2011.

Kepada
Semua PTP PKG Negeri Perak.


Per: Status pelaksanaan program Nilam sehingga 30 Jun 2011.

Mengikut rekod i-nilam berakhir 27 Jun 2011 didapati bahawa penglibatan pelajar dalam program NILAM sangat rendah tidak sampai 70 % daripada keseluruhan murid.

2. Ini menunjukan bahawa masih banyak sekolah tidak mengisi data dalam system i-Nilam yang disediakan oleh BTP.

3. Sehubungan itu, kerjasama PTP PKG diminta memaklumkan kepada semua sekolah agar mengambil tindakan dan mengisi data dalam i-Nilam dengan segera.

4. Semua PTP PKG diminta menyemak berhubung Penglibat Murid dalam program NILAM hendaklah mencapai 90% ke atas.


Sekian, terima kasih.


ALIAS MOHAMAD
BTPN Perak.

PEMANTAUAN PUSAT AKSES SEKOLAH.

Kepada
Semua PTP PKG Negeri Perak.

PER: PEMANTAUAN PUSAT AKSES SEKOLAH.

Dimaklumkan bahawa semua PTP PKG diminta melaksanakan pemantauan Pusat Akses Sekolah dengan menggunakan instrumen yang diattachkan bersama e-mail ini.

2. Pemantauan ini hendaklah dilaksanakan ke atas semua Pusat Akses yang terdapat dalam PKG tuan.

3. Satu laporan lengkap berhubung item dalam instrumen tersebut hendaklah dihantar ke BTPN Perak pada atau sebelum 15 Ogos 2011.

Sekian, terima kasih


ALIAS MOHAMAD
BTPN Perak.
SALAM 1 MALAYSIA
Difahamkan bahawa semua PKG telah dibekalkan dengan talian baru internet
Oleh yang demikian dimohon jasa baik tuan/puan untuk memastikan penggunaan Sistem HRMIS secara online dapat digunakan di PKG.
Sila maklumkan/laporkan status (boleh/tidak) penggunaan Sistem HRMIS secara online di PKG masing-masing pada 4hb Julai 2011 di mesyuarat yang tuan/puan akan hadir.

Terima kasih.

BADROL HISHAM BIN SABRI
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan Pentadbiran Kewangan dan Kualiti
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
Tel.: 05-2924933/4955 etx.203  Fax.: 05-2924115
HP.: 019-5133486
email: badrol.btpnprk@moe.edu.my
28.06.2011

Ahad, 26 Jun 2011

Penarafan SSQS 2011




Penarafan SSQS 2011 bagi negeri Perak akan bermula 4 Julai - 24 Julai 2011. (Zon Utara/Timur)

Semua PKG dan Sekolah diminta dapat memberikan kerjasama yang terbaik agar pencapaian SSQS Negeri Perak dapat dipertingkatkan.

Penarafan SSQS boleh dilakukan melalui url: http://ssqs.moe.edu.my/ssqs

sebarang pertanyaan sila hubungi : Teuku Mohd Hanif Juruteknik PKG Simpang