Isnin, 10 Jun 2013

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

  • Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) adalah kesinambungan daripada Smart School Management System (SSMS) Sekolah Bestari dan merupakan aplikasi yang dibangunkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tujuan berikut :
         
          Mewujudkan hanya satu aplikasi pengurusan maklumat secara automasi terhadap
          pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta PdP di peringkat sekolah
         
          Mewujudkan hanya satu pangkalan data operasi di peringkat sekolah
  • Kini SPS dijadikan inisiatif 43C Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi menjadi penyelesaian kepada inisiatif Menangani Isu Beban Tugas Guru dan inisiatif Pengintegrasian Satu Data Pendidikan KPM
  • SPS terdiri daripada 22 modul operasi sekolah iaitu:
          Pengurusan Maklumat Sekolah
          Pengurusan Kemudahan Sekolah
          Pengurusan Takwim Sekolah
          Pengurusan Pentadbir Sistem
          Pengurusan Staf
          Pengurusan Murid
          Pengurusan Sistem Rumah
          Pengurusan Jadual Waktu
          Pengurusan Asrama
          Pengurusan Kehadiran
          Pengurusan Kedatangan Murid
          Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
          Pengurusan SPBT
          Pengurusan Disiplin
          Pengurusan Kurikulum
          Pengurusan Kandungan
          Pengurusan Program Nilam
          Pengurusan Peperiksaan
          Pengurusan Kokurikulum
          Pengurusan Laporan
          Pengurusan Utiliti
          Pengurusan e-Cuti
  • Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) KPM ke 199 Bil. 3/2012 bersama YAB Menteri Pelajaran Malaysia pada 3 Mac 2012 telah membuat keputusan untuk memperluaskan SPS ke semua sekolah mulai tahun 2013 dan secara berperingkat menjadi aplikasi unggul pengurusan maklumat di sekolah.