Khamis, 9 Januari 2014

PERLANTIKAN KETUA PENOLONG PENGARAH, BTPN PERAK
Warga BTPN Perak dan PKG Perak mengucapkan 
Selamat datang dan selamat bertugas
Dr. Suhaimi bin Kadir
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
------------------------
Jasamu dikenang
Encik Mohammad Yusof bin K Mohamad
Mantan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Isnin, 10 Jun 2013

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

  • Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) adalah kesinambungan daripada Smart School Management System (SSMS) Sekolah Bestari dan merupakan aplikasi yang dibangunkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tujuan berikut :
         
          Mewujudkan hanya satu aplikasi pengurusan maklumat secara automasi terhadap
          pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta PdP di peringkat sekolah
         
          Mewujudkan hanya satu pangkalan data operasi di peringkat sekolah
  • Kini SPS dijadikan inisiatif 43C Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi menjadi penyelesaian kepada inisiatif Menangani Isu Beban Tugas Guru dan inisiatif Pengintegrasian Satu Data Pendidikan KPM
  • SPS terdiri daripada 22 modul operasi sekolah iaitu:
          Pengurusan Maklumat Sekolah
          Pengurusan Kemudahan Sekolah
          Pengurusan Takwim Sekolah
          Pengurusan Pentadbir Sistem
          Pengurusan Staf
          Pengurusan Murid
          Pengurusan Sistem Rumah
          Pengurusan Jadual Waktu
          Pengurusan Asrama
          Pengurusan Kehadiran
          Pengurusan Kedatangan Murid
          Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
          Pengurusan SPBT
          Pengurusan Disiplin
          Pengurusan Kurikulum
          Pengurusan Kandungan
          Pengurusan Program Nilam
          Pengurusan Peperiksaan
          Pengurusan Kokurikulum
          Pengurusan Laporan
          Pengurusan Utiliti
          Pengurusan e-Cuti
  • Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) KPM ke 199 Bil. 3/2012 bersama YAB Menteri Pelajaran Malaysia pada 3 Mac 2012 telah membuat keputusan untuk memperluaskan SPS ke semua sekolah mulai tahun 2013 dan secara berperingkat menjadi aplikasi unggul pengurusan maklumat di sekolah.

 

Jumaat, 6 Julai 2012

Data semasa berlaku gangguan. Data sebenar bagi responden yang siap menjawab



Data yang berlaku kesilapan bilangan responden siap menjawab






Gangguan SSQS telah di atasi

Salam


Sukacita perkara di atas adalah dirujuk


2.   Untuk makluman semua pihak,masalah yang berlaku kepada sistem SSQS sebentar tadi telah di atasi. Sekolah boleh mengisi seperti sedia kala. Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan pihak tuan. 

Sekian. 


Terima kasih dan tahniah diucapkan 

Gangguan Sistem SSQS


SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) PENGENALAN




Pengukuran tahap bestari sekolah dibuat dengan Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 April 2007. SSQS dibangunkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Objektifnya ialah:
  1. Meningkatkan penggunaan ICT sekolah.
  2. Menjadi sistem pemantauan dan pengukuran pengintegrasian ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  3. Menjadi rujukan untuk penambahbaikan polisi dan program KPM.
  4. Memperkasa guru dan murid dari segi peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT untuk P&P.
Harap maklum.

Gangguan Sistem SSQS

BTPN Perak sudah mengesan penukaran responden dari 62 telah menjadi 134 pada jam 5.15 petang pada 05 Julai 2012. Ianya satu yang amat mengejutkan. Pihak BTPN telah hubungi BTP, KPM semenjak kelmarin dan pagi ini. Mereka sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Harap Maaf.

Penarafan SSQS


TARIKH PENARAFAN SSQS 2012
Zon Utara / Zon Sabah/ Zon Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan
Mula : 01 Julai 2012                 Tamat : 31 Julai 2012
                
Zon Tengah / Zon Selatan / Zon Timur
Mula : 01 Ogos 2012              Tamat : 09 September 2012
Masalah: Sila hubungi Pentadbir Sistem di no telefon 03-20987012, 03-20986102 atau 03-20987013
emel: best@moe.edu.my