Isnin, 20 Jun 2011

Identiti penggodam dikenal pasti



JELEBU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti identiti penggodam ratusan laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, usaha mengesan penggodam terbabit dilakukan dengan kerjasama pihak polis.

“Laporan siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.

“Kerajaan memandang serius serangan penggodam kali ini dan akan bertindak tegas kepada pihak didapati bersalah,” 

Rais bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci identiti penggodam terbabit.


sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan: