
Agensi perlindungan pengguna Rusia mengumumkan larangan itu berkuat kuasa serta merta dan sayuran dari EU yang berada di pasaran seluruh negara akan dirampas.
Minggu lalu, beberapa kes berkaitan pencemaran timun dan sayuran lain dilaporkan di seluruh Eropah dengan angka kematian mencecah 17 sehingga Rabu lalu dengan 16 daripadanya dilaporkan di Jerman dan satu kes di Sweden.
Selain itu, sekurang-kurangnya 1,500 orang di Eropah dan tiga di Amerika Syarikat jatuh sakit selepas memakan sayuran dicemari E.coli, iaitu bakteria yang boleh menyebabkan cirit-birit berdarah, kerosakan hati yang serius dan kematian.
Jerman masih tidak dapat memastikan punca sebenar wabak itu selepas tuduhan ianya bermula dari pengusaha timun di Sepanyol dibuktikan tidak benar melalui ujian makmal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan